13 July 2012

'SeNDiRi'

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakn?zahirnya, orang lain mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri,kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. Subhanallah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan dari mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk memperbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki hubungan sesama manusia.Terapi untuk  membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih. 

Sendiri juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa. Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa teresebut menghantui..

Sesungguhnya,sendiri itu terapi yang indah.Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila bersendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.

Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu.Maka hendaklah kamu bersangka baik dengan apa yang kamu inginkan" 
(Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah,setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat,Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu..."
(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

Biarlah kita 'buruk dan hina' pada pandangan manusia,namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT. :)

credit to : iluvislam.com


terima kasih sudi baca :)

No comments: