03 March 2012

::Lelaki Yg Aku Cinta::


Bermula aku mengenalimu.
Aku bergerak mencari.
Bukan mudah.
Tetapi tidak pernah aku berputus hati..

Kau yang indah bukan kerana wajah.
Kau yang tampan bukan kerana pangkat.
Yang bergemerlapan kerana agama.
Yang bersinar kerana akhlaknya.
Aku cari dikau.
Wahai lelaki yang aku cinta..

Bercita-cita ingin bahagia.
Kerana aku yakin kau akan mengharapkan yang sama.
Perkahwinan yang bukan kerana nafsu semata.
Tetapi untuk menjaga diri kita.
Dan memperjuangkan agama.
Membina keluarga.
Agar lahir daripadanya askar-askar Tuhan kita..

Aku mencintaimu sepenuh jiwa.
Kerana aku yakin, kau tangga aku kepadaNya.
Sebab itu aku tidak pernah lelah mencintaimu.
Kerna dasar cintaku adalah DIA..

Telah aku cari seorang lelaki.
Aku berharap kau adalah dia.
Boleh jadi bukan.
Boleh jadi ya..

Apa pun pilihan aku.
Kau tetap yang paling aku cinta.
Aku hanya manusia biasa.
Mungkin juga kau terlalu tinggi.
Hingga tidak wujud di dunia ini.
Maka aku berharap kita bertemu di syurga nanti..

Wahai lelaki yang aku cinta.
Sungguh diri ini merinduimu.....



terima kasih sudi baca :)